Friday, March 21, 2008

Pasca PRU ke-12


Selepas pembentukan Kerajaan Baru di Malaysia, kini kita sebagai rakyat Malaysia yang hidup penuh aman dan harmoni selama ini mengharapkan berlakunya perubahan yang lebih baik dalam semua bidang setelah majoriti rakyat kita telah menunjukkan rasa protes mereka melalui pilihanraya kali ke-12 ini dengan tumbangnya sokongan rakyat secara amnya di 4 buah negeri yang selama ini di terajui oleh kerajaan Barisan Nasional.


Kita semua dapat lihat segala unsur2 pembaikan sedang giat dilakukan oleh kerajaan Barisan Alternatif yang kini memegang tampuk pentadbiran di negeri2 yang dahulu nya di bawah pentadbiran Barisan Nasional yakni disebelah utara Semenanjung Malaysia ; Kedah di bawah pentadbiran BA (PAS) ; Pulau Pinang di bawah pentadbiran BA (DAP) ; Perak di bawah pentadbiran BA (PAS) ; Selangor di bawah pentadbiran BA (PKR) dan secara lazimnya dengan jolokan SERAMBI MAKKAH Kelantan Darul Naim pula masih lagi kekal dengan pentadbiran BA (PAS)....


Di sini kita semua lihat, harus adanya anjakan paradigma terhadap corak pentadbiran yang selama ini membelenggu ekonomi rakyat jelata.....


Perubahan demi kebaikan bukan kehancuran......

No comments:

Post a Comment